Thursday 25 June 2009

kenali emak - part 1

salam....

anak2 mak da cukup mengenali emak ke belum?..mmm, takpe....mari mak ceritakan serba sedikit.

Mak lahir pada 18 Mac 1977 jam 12.05 tgh malam, malam jumaat. Anak kelima dari 6 orang adik beradik. Masa kecil mak tak sama macam Afifah dan adik2. Keluarga mak, bukan la dari kalangan orang yang senang. Dengan gaji sebagai jaga sekolah, arwah atok akop membesarkan emak dan adik beradik lain. atok minah pulak ambil upah jahit baju. mungkin disebabkan dah terbiasa dengan kehidupan yg serba sederhana, mengajar mak jimat berbelanja. Mungkin itula sebabnya mak pandai menyimpan duit..chewahh...

Kalau nk kata makan ayam, setahun 2 kali. Itu pun masa raya puasa dan raya haji. Lain dari tu, makan sardin, ikan bilis. telur, ikan. Pendek kata, kalau mak nampak atok minah menyiang ayam, itu maknanya nk raya la tu...ayam pun, bukan ayam beli. Sembelih ayam yang atok bela. Tapi zaman kanak2 mak dulu, masa berjalan lambat. Banyak benda yg boleh dibuat dalam satu hari. Bayangkan..tanpa kereta, washer machine, blender, microwave, oven, fridge etc. , boleh buat semua benda.

Mak sempat berjumpa dengan arwah nenek sehingga mak berumur 6 tahun, arwah nenek meninggal dunia kerana sakit darah tinggi. Masa tu, mak tak tahu arwah nenek meninggal. Tapi mak masih terbayang2 suasana semasa arwah nenek nazak, ketika arwah nenek dimandikan, dikafan dan disembahyang.

Kawan2 sekolah mak, ramai yang datang keluarga yang susah. ada yang pergi ke sekolah bejalan kaki. Ada yang ke sekolah waktu hujan hanya beralaskan daun pisang, berbaju hujan menggunakan beg plastik yg diubah suai jadi baju hujan. Pendek kata, mak boleh la mengkategorikan diri mak sebagai orang yang hidup senang. Kata orang, dengan siapa kita berkawan, kita akan jadi seperti kawan kita.

Jadi, anak2 mak....pesan mak, berhati2la dalam memilih kawan.

No comments:

Post a Comment