Thursday 28 May 2009

Afifah


Afifah

Gambar ni masa Afifah 3 bulan. Masa ni Afifah montel. mak dengan abah selalu panggil 'ipah centol' ..sebab pipi Afifah yang tembam itu. masa Afifah kecik dulu, Afifah menyusu badan. Langsung tak mau hisap puting botol. Puas mak ajar, tapi Afifah tetap tak mau hisap susu dalam botol walaupun mak da perah. Lepas habis cuti berpantang, Afifah mak hantar ke Taska. Disebabkan Afifah tak hisap susu botol, terpaksa la mak balik tengah hari jenguk Afifah. Dari pagi sampai la petang hanya sekali aje Afifah hisap susu. Kesian kan?....Lama2 badan Afifah tak cukup berat. underweight...sampai la umur Afifah setahun, barulah nak hisap susu botol. Masa tu, mak da mengandungkan Asyraf. Mungkin susu mak da rasa lain, Afifah minum pun nak termuntah. Doktor da nasihatkan mak supaya berhenti menyusukan Afifah. Kalau tidak nanti, mak, Asyraf dengan Afifah tak cukup berat. gambar di bawah ni masa umur Afifah setahun. tgk laa...kurusnya Afifah.

Wednesday 27 May 2009

Kentang lenyek

Masa kecik2, Afifah, Asyraf dgn Harith suka sangat makan kentang lenyek yang mak buat. Kalau Afifah, Asyraf dgn Harith takde selera nak makan nasi, mak akan umpan korang dengan kentang lenyek. Selalunya Afifah boleh makan sebiji kentang lenyek ni, sorang. Bila kentang lenyek da siap, Afifah yang akan makan dulu, sambil adik2 duduk keliling. Lepas tu, Afifah suapkan kentang lenyek ni, sorang demi seorang. Mak tinggalkan resepi ni untuk anak2 mak supaya nanti2 bila korang teringin nak makan atau bila korang pun nak umpan dekat cucu cicit mak sebagaimana yang mak buat pada korang, maka rujuklah resepi ni....

Bahan:

1. 1 biji kentang sederhana saiz
2. 1 sudu butter
3. 1 sudu susu tepung

Caranya:
  1. Rebus kentang bersama kulit. (supaya kentang cepat empuk dan mengelakkan air rebusan masuk dalam kentang, kalau tidak nanti hilang keenakan sebenar ketang tuu..)
  2. Bila da empuk, kupas kulit kentang semasa kentang masih panas. Ini untuk memudahkan proses mengupas. Boleh guna sudu, garfu atau pisau. Kalau jari2 kebal, boleh la kupas menggunakan jari.
  3. Setelah selesai mengupas kulit kentang, lenyek kentang sehingga halus. boleh guna belakang sudu atau senduk atau sudip yang khusus untuk melenyek. Mak biasa guna sudip yang orang jual burger guna.
  4. Campurkan dengan butter dan susu. Kalau nak kentang rasa lebih lemak, boleh letak banyak butter. Kalau nak lebih rasa krim, boleh tambah lagi susu.
Tak perlu letak garam, gula atau perasa. Baik untuk kesihatan. Kalau nak pedas sikit, boleh la tambah lada sulah.