Thursday 2 July 2009

Nasihat Luqman kepada anaknya -part 2

sambungan dari entry yg lepas

4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT


Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)
Disini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.

5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.

Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)

"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).

6. Mendirikan solat.

Solat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa solat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan mendirikannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
"Hai anakku, dirikanlah solat …"
Solat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
…"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)

Sumber: Tafsir Ibnu Katsir

Thursday 25 June 2009

kenali emak - part 1

salam....

anak2 mak da cukup mengenali emak ke belum?..mmm, takpe....mari mak ceritakan serba sedikit.

Mak lahir pada 18 Mac 1977 jam 12.05 tgh malam, malam jumaat. Anak kelima dari 6 orang adik beradik. Masa kecil mak tak sama macam Afifah dan adik2. Keluarga mak, bukan la dari kalangan orang yang senang. Dengan gaji sebagai jaga sekolah, arwah atok akop membesarkan emak dan adik beradik lain. atok minah pulak ambil upah jahit baju. mungkin disebabkan dah terbiasa dengan kehidupan yg serba sederhana, mengajar mak jimat berbelanja. Mungkin itula sebabnya mak pandai menyimpan duit..chewahh...

Kalau nk kata makan ayam, setahun 2 kali. Itu pun masa raya puasa dan raya haji. Lain dari tu, makan sardin, ikan bilis. telur, ikan. Pendek kata, kalau mak nampak atok minah menyiang ayam, itu maknanya nk raya la tu...ayam pun, bukan ayam beli. Sembelih ayam yang atok bela. Tapi zaman kanak2 mak dulu, masa berjalan lambat. Banyak benda yg boleh dibuat dalam satu hari. Bayangkan..tanpa kereta, washer machine, blender, microwave, oven, fridge etc. , boleh buat semua benda.

Mak sempat berjumpa dengan arwah nenek sehingga mak berumur 6 tahun, arwah nenek meninggal dunia kerana sakit darah tinggi. Masa tu, mak tak tahu arwah nenek meninggal. Tapi mak masih terbayang2 suasana semasa arwah nenek nazak, ketika arwah nenek dimandikan, dikafan dan disembahyang.

Kawan2 sekolah mak, ramai yang datang keluarga yang susah. ada yang pergi ke sekolah bejalan kaki. Ada yang ke sekolah waktu hujan hanya beralaskan daun pisang, berbaju hujan menggunakan beg plastik yg diubah suai jadi baju hujan. Pendek kata, mak boleh la mengkategorikan diri mak sebagai orang yang hidup senang. Kata orang, dengan siapa kita berkawan, kita akan jadi seperti kawan kita.

Jadi, anak2 mak....pesan mak, berhati2la dalam memilih kawan.

Tuesday 23 June 2009

Nasihat Luqman kepada anaknya -part 1

Diantara nasihat Luqman kepada anaknya. Semoga dapat dijadikan iktibar....

1. Tidak menyekutukan Allah.

Sebesar-besar kezaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertaubat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk
disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhak di mintakan pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya

2. Berbuat baik kepada kedua orang tua
.
Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Akulah kembali kamu."( QS.Luqman: 14)
Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Solat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)

3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah; kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka hal maksiat kepada Allah, lebih-lebih menyekutukan Allah ( syirik ).

Allah berfirman
"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).

Tuesday 16 June 2009

Hatiku Sebesar Cawan

Mari renungkan bersama sebuah artikel yang dipetik dari http://www.iluvislam.com/

Hatiku Sebesar Cawan


" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Pesan Emak : Jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Tanganilah dengan bijak. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

takde tajuk



masa ni Harith baru sebulan..



mak nk baringkan adik Harith, sibuk dia orang pulak yg baring sama





tido sampai tak sedar


Thursday 11 June 2009

Kenali Atok

kali ni mak nak bercerita mengenai arwah atok Akob. Afifah dgn adik2 tak pernah jumpa. Abah pun tak pernah jumpa dgn arwah atok. arwah atok lahir bulan tiga tahun 1935. kemungkinan labih awal dari tu. sbb menurut atok minah, orang dulu2 lama selepas lahir baru mereka buat surat beranak. jadi, tarikh sebenar arwah atok lahir, mungkin lain dari yang tercatit dalam kad pengenalan. arwah atok anak yang ke-4 dari 5 adik beradik.

arwah atok sgt tegas dgn anak2. seorang yang serius. sayang kan anak2nya tapi tak pernah luahkan rasa sayangnya depan anak2. kalau mak nak sesuatu, mak tak pernah minta dgn arwah atok akob. selalu mak minta dgn atok minah. sbb mak takut dgn arwah atok. atok minah selalu kata, sayang arwah atok terhadap anak2nya melebihi dari segalanya. tapi mak selalu tak percaya. sbb arwah atok tak pernah peluk mak, tak pernah cium mak, tak pernah bermain dgn mak, mcm yg selalu abah buat dgn afifah dan adik2. tp masa mk kecil (belum sekolah lagi) mak selalu ikut arwah atok pergi jalan2 naik basikal, selalu didukung ke sana ke mari. bila umur semakin meningkat,layanan arwah atok semakin berbeza. itula arwah atok akob. melayan anak2nya mengikut peringkat umur.

arwah atok garang, sgt garang. tapi tak pernah sekali tangan arwah atok hinggap ke badan mak. cukupla dgn tenungan matanya, pasti mak ketar. mcm mana mak nk tiru gaya arwah atok ni??..mmg mak berangan2 nk ikut cara arwah atok, tapi anak2 mak nakal. seringkali kesabaran mak melebihi had. sesekali tangan mk naik jugak. bukan mak tak sayang, tapi mak tak mau terlalu manjakan anak2 mak.

arwah atok meninggal dunia pada tahun 2000, 2 minggu slps umat islam menyambut Syawal. serangan jantung. tak lama arwah atok sakit. kali terakhir mak jumpa arwah atok di ijn, arwah masih tersenyum berbual mcm biasa, mcm tak sakit. tercapai hasrat arwah, nk pergi tanpa menyusahkan anak2. .

benar kata orang, bila da tiada, baru kite terasa kehilangan. mak da kehilangan seorang yang betul2 sayangkan mak. yang sanggup lakukan apa saje untuk mak. tak terbalas jasa arwah membesarkan mak. rindu benar rasanya.

al-fatihah

Tuesday 9 June 2009

Pesan Emak 1

dalam hidup ini kita punye banyak pilihan, maka buatlah piliohan yang bijak.

dalam sejarah kita juga kita dipilih dari banyak pilihan2 yang lain.

sewaktu kejadian kita, berjuta2 sperma berebut2 untuk menembusi 1 ovum. Hanya yang kuat, hebat dan terpilih saja berjaya. Allah telah memilih yang terbaik.
sewaktu kita dalam rahim ibu, Allah punye byk pilihan untuk buat kita cacat, bibir sumbing , bisu, dll tapi Allah memilih untuk sihat semuanya, lengkapnya untuk kita.
sewaktu kita lahir Allah punya pilihan untuk buat kita terbelit tali pusat dan mati, tertelan najis dan lemas, tersangkut bahu dan macam2 tapi Allah memilih kita untuk lahir dengan sempurna. MasyaAllah.... tengok tu, yang terbaik saja untuk kita...

Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mak.....

Monday 8 June 2009

Akikah Afifah

Kendu ri Akikah sms umur Afifa h 4 bulan. Kenduri ni buat kat rumah Atok. Tengok tu, dahi da kena conteng dengan tepung...



Sape yang gunting jambul Afifah tu?


Masa untuk tidoo...



Dari kiri belakang: Abg Akim, Abg Hanif, Abg Haziq, Abg Hafez
Dari kiri depan: K Nadira, K Fariha



da botak pun kepala nyaaa...